Welcome
Welcome note here, disclaimer or rules.. whatever.



Basketballer
This *cute* 15year normal kid's full name is Lewis.
also knowned as Lewix.
He came in cold, covered in blood on 17th August 1996.
Has been growing since then, & is about 1.6m in height Now.
You cant e-mail & msn him
He's a fan of Allen Iverson href="http://en.wikipedia.org/wiki/Singlish">SINGLISH.


L0VEs Y
❥LOVE List? <3


~Love all my friends

~Love teatime

~Love to sleep

hates O
✖Hate list? =X


~Hate a girl now at my class

~Hate exams

~Hate a boy in my class

waNteD >.<
☺Wishes =DD

Wish all my friends dream come true^_^

Taggie N
Tagboard here(: I recommend cbox =P

Credits
Designer- Maddie
Pictures- 1 2
Brushes- DeviantART
Image programme- Gimp!
Image uploader- Photobucket


Jukie Boxie N

DARlinks
Links here yeah ;D
XinYii Ysz HueyXin

Past Matches

Extra


nth 2 do ?
click! -------->
jamiejam715965 got their 
             
             Neopet at http://www.neopets.com


Thursday, May 5, 2011
Sej projek c0mments!
Hasil Kajian

1. Institusi Pentadbiran Tempatan
(a) i. Nama rasmi : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
ii. Nama ringkas : DBKL
(b) i. Lokasi : Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50350
(c) i. Matlamat : Mentadbir Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan sistematik
ii. Objektif : Untuk menjamin dan mempercepatkan tindakan untuk mencapai status bandar dunia yang unik dan sangat baik kelas.
iii. Misi : Untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan ibu kota Kuala Lumpur
iv. Visi penubuhan : Merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020

2. Latar Belakang
(a) Sejarah penubuhan
i. Asal usul : DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kual Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham yang juga Persuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.
ii. Tarikh : 1 Februari 1972
iii. Pengasas : Tan Sri Lokman Yusof

*****************************************************************************

(b) i. Undang-undang tubuh :
• Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190)
• Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971
• Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1973
• Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
• Akta Kerajaan Tempatan 1976
• Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
• Akta Hiburan WPKL 1989
• Akta Pengangkutan Jalan 1987
• Akta Makanan 1983

ii. Undang-undang kacil
• Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)
• Akta Buti Hiburan 1953
• Akta Eksais 1976
• Peraturan-peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-setinggan) 1969
• Akta Hotel WPKL 2003
• Akta Pemberipinjam Wang 1951
• Akta Pajak Gadai 1972
• Akta Penjualan Dadah 1952

***************************************************************************

(c) i. Perincian peranan
• Merancang dan mengawal pembangunan bandar
• Memberi perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah
• Memberi perkhidmatan kesihatan awam dan mengawal pencemaran
• Membina dan menyelenggara jalan, mengadakan prasarana pengangkutan serta mengurus sistem lalulintas
• Membina dan mengurus perumahan awam
• Membina dan menyelenggara sistem perparitan dan sungai
• Membangun dan mengurus hal ehwal penjaja dan peniaga kecil
• Megeluar dan mengawal lesen perniagaan
• Mengurus pengindahan bandar
• Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula setinggan
• Menyedia, mengurus dan menyenggara kemudahan awam
• Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, kebudayaan dan pelancongan
• Memberi perkhidmatan komoniti dan sosial kepada warga kota

***************************************************************************

ii. Tanggungjawab bidang tugas pentadbiran
• Menasihatkan Datuk Bandar mengenai perkara berkaitan pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur sebagaimana ditetapkan oleh Yang DiPertuan Agong atau yang dirujuk oleh Menteri atau Datuk Bandar (Akta Ibu Kota Persekutuan 1960)
• Keanggotaan Lembaga Penasihat Bandaraya seramai 11 orang dan dipengerusikan oleh Datuk Bandar

(c) Cara pelantikan pentadbir tempatan
• 10 ahli dilantik oleh Yang DiPertuan Agong
• 1 ahli daripada Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi)
• 1 ahli daripada Kementerian Kewangan
• 1 ahli daripada Kementerian Wilayah Persekutuan
• 2 ahli wakil Kerajaan Negeri Selangor

***************************************************************************

3. Peranan
(a) Ekonomi

Banda raya Kuala Lumpur diyakini mampu menjadi sebuah bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Menurut YB Dato' Raja Nong Chik Dato' Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata, ini berikutan sokongan berterusan dari pihak kerajaan terhadap wawasan itu dan aspirasi menjadikan ibu negara dapat memainkan peranan global dan sub global. Kerajaan sentiasa percaya bahawa bandar raya perlu mempunyai kepelbagaian terikan sejajar dengan matlamat rangka kerja Draf Pelan Bandar Raya Luala Lumpur 2020 yang mahu mencapai keseimbangan dalam pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Beliau berkat demikian pada sidang media selepas merasmikan World Class Sustainable Cities Conference 2010 kali kedua di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, 19 Oktober 2010. Turut hadir Y.Bhg Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Chan Kin Ming, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola serta NK Tong, Pengerusi Persatuan Hartanah dan Penaju Perumahan (REHDA).
Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, persidangan ini diharap dapat dijadikan rujukan kepada pembuat keputusan, perancang bandar, pereka bentuk dan pemaju hartanah ke arah mencapai status bandar raya bertaraf dunia.

***************************************************************************

(c) Kemasyarakat
Dewan Bandaraya sudah menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan bersama penduduk seperti:
1. Penyedian peralatan gotong-royong
2. Program-program sosial
3. Kelulusan permohonan permit khemah
4. Bencana

(d) Pelancongan
Sebagai tanda penghargaan kepada pelbagai pihak yang menyumbang untuk pembangunan industri pelancongan ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan 'Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011' buat julung kalinya. Majlis pelancaranny telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Faud Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur di Menara DBKL 1, 11 Mac 2011.
Menurut Datuk Sri Ahmad Faud, jika dibandingkan dengan seabad lalu, Kuala Lumpur kini mempunyai banyak produk pelancongan dengan disokong kemudahan sistem pengangkutan canggih dan terkini. Katanya lagi, kejayaan yang dikecapi bandar raya ini adalah kerana kesungguhan yang diberikan oleh pelbagai pihak dalam industri pelancongan tempatan. Sementara itu, Ahli Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Datuk Seri Michael K.C Yam berkata, terdapat sembilan kategori anugerah serta satu anugerah 'Pencapaian Seumur Hidup Kuala Lumpur' akan dipertandingkan. Semua pencalonan adalah dibuka kepada petugas barisan hadapan seperti pemamdu teksi, polis pelancong, petugas kaunter pelanggan, pelayan restoran lain-lain.
Majlis penganugerahan dijadual akan diadakan dan diumumkan kepada orang ramai pada 21 Jun ini. Pencalonan mula dibuka dari 11 Mac hingga 21 Mac ini dan borang boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi anugerah ini iaitu www.klmayoutourismawards.com. Tarikh akhir penyerahan borang adalah pada 21 April ini.

***************************************************************************

4. Perkembangan
(a) Sumber Kewangan
Sumber utama hasil operasi DBKL pada tahun 2000 diperolehi dari taksiran harta (mengandungi kira kira 62 peratus daripada hasil keseluruhan). Ini diikuti dengan pulangan pelabuhan (11 peratus), caj perancangan dan kawalan pembangunan (6 repatus), penyewaan perumahan awam (6 peratus), bantuan dari kerajaan persekutuan (6 peratus) dan pelesenan dan denda (5 peratus) sejumlah 58 peratus daripada hasil taksiran harta disumbangkan oleh sector perdagangan dan 42 peratus lagi dari sektor kediaman
Perbelanjaan mengurus DBKL adalah termasuk kos-kos yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan (43 peratus), perumahan awam (18 peratus), social, sukan, rekreasi dan budaya (10 peratus) serta pelesenan dan pengkuasaan (9 peratus). Analisis akaun operasi menunjukkan DBKL mempunyai lebihan dalam hasil bersih dari tahun 1990 hingga 2000.
Perbelajaran pembangunan scara amnya merangkumi perbelanjaran projek-projek seperti pembinaan dan pembaikan kemudahan awam, kompleks sukan,perumahan awam bagi golongan berpendapatan rendah, rangkaian jalan, perparitan dan landskap. perbelanjaan pembanguanan ini dibiayai sebahagian besarnya dengan Kumpulan Wang Cukai Am (50 peratus), bantuan kerajaan persekutuan (27 peratus), pinjaman (19 peratus) dan sumbangan daripada pemaju-pemaju (2 peratus).
Arah aliran yang lepas menunjukkan DBKL mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh dan tidak menghadapi kesukaran membiayai projek-projek pembangunan.

***************************************************************************

(b) pembangunnan prasarana/ Fizikal
Dewan Bandaraya bertanggungjawab dengan merancang, mengawal dan melaksanakan projek-projek pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek-projek perumahan, taman dan rekreasi, kompleks perdagangan dan perniagaan, kawasan perindustrian dan bandar-bandar baru.
Kesemua projek pembangunan ini mematuhi kaedah perancangan pembangunan dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Akta Perancangan.
Seterusnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga membangunkan dan menaikan taraf kampung. Sebagai langkah untuk meningkatkan taraf dan memperbandarkan kampung-kampung setinggan, kawasan-kawasan ini disediakan dengan bekalan elektrik, paip umum, jalan, longkang, jambatan, dewan orang ramai dan kemudahan-kemudahan sukan.
Selain itu, bandar-bandar yang baru juga dibangunkan. Dalam usaha mengurangkan tumpuan aktiviti di pusat bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mewujudkan bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Sentul, Bandar Baru Wangsa Maju, Damansara, Bandar Razak dan Bukit Jalil. Ianya dirancang untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan dan sekitarnya. Dalam bandar-bandar baru ini terdapat perumahan awam, kilang perusahaan,rumah ked pusat penjaja,pejabat kerajaan, sekolah dan lain-lain.

***************************************************************************

(c) Perancangan masa hadapan
Wawasan Kuala Lumpur sebagai 'Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia' merangkui aspirasi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang memainkan peranan global dan sub global yang utama bagi kepentingan masyarakat setempat, pekerja, pelawat dan matlamat ke arah mewujudkan bandar raya Kuala Lumpur yang mampan. Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memastikan perancangan yang dijalankan hendaklah mencapai keseimbangan antara pembangunan fizikal, ekonomi, social dan alam sekitar.
Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur, 2020 merupakan strategi perancangan dan pembangunan yang utama bagi Kuala Lumpur. Pelan ini akan menjadi panduan kepada pembuat keputusan, perancang bandar, pereka benuk dan pemaju hartanah ke arah pertumbuhan Kuala Lumpur seterusnya kearah pencapaian status sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia

***************************************************************************

(d) Cabaran yang dihadapi
Penstrukturan Semula DBKL adalah untuk memantapkan struktur organisasi dan fungsi DBKL bagi menghadapi cabaran dan kompleksiti akibat arus pembangunan globalisasi dan liberalisasi serta ekspektasi masyarakat Kuala Lumpur yang tinggi terhadap DBKL. Antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh DBKL ialah :
i. Melaksanakan Pelan Struktur Kuala Lumpur
ii. Menyediakan dan Melaksanakan Pelan Tempatan Kuala Lumpur
iii. Mencapai Matlamat Gagasan 1 Malaysia' Rakyat Didahulukan, Pencapaian, Diutumakan :
a. National Key Result Areas (NKRAs)
b. National Key Economics Areas (NKEA)-(Greater KL)
iv. Melaksanakan Pelan Strategik DBKL
v. Melaksanakan 7P dan Pelan Strategik Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
vi. Program Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan Tadbir Urus iaitu :
a. Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008
b. Pelaksanaan Key Performance Indicator (KPI)
c. Pemantapan Fungsi Urusetia Pusat Setempat
d. Penubuhan Pusat Pengurusan Asuan ('Call Centre')
e. Pelaksanaan Pelan Strategik ICT DBKL

***************************************************************************

Rumusan

Selepas habis projek ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah peranan yang sangat penting. Ia akan memastikan warga Kuala Lumpur dapat tinggal dengan bersih dan selesa.
Terdapat pelbagai kemudahan dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Yang terpentingnya, ialah taman rekreasi. Taman ini dapat merapatkan hubungan warga Kuala Lumpur yang terdiri daripada berbilang bangsa. Seluruh warga Kuala Lumpur boleh memupuk semangat perpaduan bangsa dan seterusnya hidup dengan harmoni serta sejahtera di sini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa menjaga imej Kuala Lumpur sebagai satu Bandar yang bersih, aman, dan indah. Kuala Lumpur yang begini pastilah dapat menarik perhatian pelancong. Ini dapat menambah pendapatan negara kita.

***************************************************************************

Soalan : Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integasi nasional di negara kita?

Kajayaan sesebuah negara bergantung kepada peranan pengurusan institusi pentadbiran tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menunjukkan tindakan hormat-menghormati dalam kalang masyarakat yang berbilang bangsa.
Seterusnya, Dewan Bandaray Kuala Lumpur juga mewujudkan semangat muhibah atau semangat bermasyarakat. Dewan Bandaraya Kual Lumpur telah berusaha untuk menghiaskan kawasan sekitar Kuala Lumpur . Para pekerja dalam Kuala Lumpur bersopan-santun pada bila-bila masa.
Di samping itu, berkelakuan dan berbudi perketi juga ditunjukkan dalam Dewan Bandaraya Kula Lumpur. Para pekerja dalam Kuala Lumpur semasa perayaan tradisi pelbagai kaum.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selalu berlaku adil yang bagai contoh kepada kita. Tidak kira apa-apa hal yang berlaku, mereka tetaplah berlaku adil.
Negara kita adalah masyarakat yang saling berganding bahu membangunkan negara. Dengan ini, kerjasama antara masyarakat setempat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pastilah mewujudkan.

Labels:


I Played @ 4:18 AM